Fahami Konsep Network Marketing

Mari fahami konsep sebenar, pastinya anda sangka network marketing ni jual-jual barang atau cari-cari orang, jika itu anda sangka anda sebenarnya silap. Mari kita ikuti apakah sebenarnya konsep sebenar network marketing.Buang segala sangka anda jika ingin berjaya. Mari kita lihat mengapa orang berjaya dalam network marketing.

Adakah anda mempunyai keinginan untuk berniaga atau dapatkan wang sampingan?

Jika ada, kenapakah anda tidak mengusahakan perniagaan sendiri? Tidak cukup modal?. Takut akan rugi?

Walaupun dewasa ini terdapat banyak peluang perniagaan untuk diceburi oleh seseorang, network marketing (juga dipanggil multi-level-marketing) membuka peluang kepada seseorang individu untuk memulakan perniagaan sendiri dan mencapai impiannya samada dari segi kewangan maupun kebebasan masa. Dan semua ini boleh diperolehi tanpa mengeluarkan modal yang besar untuk memulakan perniagaan tersebut.

Peluang yang ditawarkan oleh industri network marketing adalah sangat sesuai untuk mereka yang ingin memulakan perniagaan secara sambilan ,tidak perlukan modal puluh ribu malah jutaan ringgit malah sangat kecil dan seterusnya menyediakan peluang untuk mengembangkan perniagaan itu ke tahap perniagaan sepenuh masa. Apabila ditawarkan peluang untuk menyertai perniagaan network marketing, anda perlu bertanya pada diri sendiri samada anda benar-benar ingin melibatkan diri dengan perniagaan dan bersedia untuk memberikan komitmen masa dan kewangan anda untuk menjayakan perniagaan tersebut.

Ramai orang yang menyertai dalam perniagaan network marketing perlu memahami hakikat bahawa dengan menyertai network marketing mereka sebenarnya telah membuka sebuah perniagaan dan untuk berjaya, sudah semestinya ianya mesti diusahakan sebagai sebuah perniagaan yang serius untuk menjadi sangat sangat besar dan lumayan.

Apa itu Network Marketing?



Network Marketing ialah salah satu cara dari berbagai cara yang digunakan oleh syarikat-syarikat untuk mengiklankan, memasarkan, dan menyampaikan produk-produk atau perkhidmatan kepada pelanggan-pelanggan mereka. Antara cara-cara yang lain yang terdapat sekarang ialah sistem peruncitan, sistem francais, sistem agen dan sebagainya.

Ciri utama Network Marketing ialah  pemasaran dari mulut ke mulut atau lebih mudahnya digelar beriklan melalui mulut cuma persoalan sekarang semua orang sedang buat tetapi tidak dibayar contohnya beriklan tentang Giant jual brang murah,satay yg paling sedap di kajang,belanja barang dapur dimana paling murah tetapi sayang syarikat berkenaan tidak membayar satu sen pun hasil dari kerja kita bawak mulut tadi.Sayang semuanya free dan kita sedang sibuk membantu orang lain berbanding bantu diri kita.Tidaj salah bercerita tentang benda lain,tetapi aangkah bagus bercerita tentang apa yang mendatangkan hasil buat kita dan keluarga.

Kenapakah Network Marketing dianggap sebagai perniagaan yang terbaik untuk diceburi?

Kerana ianya merupakan satu jalan pintar dan pintas untuk berniaga kepada usahawan-usahawan yang tidak mempunyai modal yang besar untuk memulakan perniagaan tetapi ingin menjadi ushawan berjaya hidup mewahj uga bahagia seperti orang berjaya.

Setiap dari kita mempunyai 24 jam sehari untuk melakukan aktiviti harian. Seorang jutawan mempunyai masa yang sama panjang dengan seorang budak pejabat. Tetapi mengapa pendapatan mereka jauh berbeza? Ini ialah kerana si jutawan mengetahui satu rahsia yang tidak diketahui oleh budak pejabat ini. Apakah rahsianya?

Rahsianya ialah seseorang boleh melakukan kerja (produktiviti) yang banyak tidak dengan melakukan semuanya sendiri tetapi dengan mengajar orang lain untuk melakukan perkara yang sama seperti yang dia lakukan.

Inilah yang dinamakan DUPLIKASI.

Dengan DUPLIKASI, pengembangan sesebuah perniagaan itu tidak lagi merupakan hasil kerja seorang pekerja dalam 24 jam tetapi merupakan hasil kerja ramai orang dalam tempoh 24 jam yang sama.

Network Marketing, melalui proses pembinaan rangkaian, memberi kita peluang untuk membina sebuah empayar yang besar melalui proses duplikasi yang boleh memberi pulangan yang lumayan kepada kita.

Konsep network marketing dan kesannya kepada mereka yang menyertainya. Network marketing memberikan seseorang itu harapan! Ia boleh memotivasikan seseorang untuk membuat perkara-perkara yang sebelum ini mereka rasa mereka tidak mampu lakukan seperti menjadi seorang ketua, berucap di hadapan orang ramai, membuang sifat malu yang tidak bertempat dan sebagainya. Network Marketing juga dapat membina ukhwah yang mantap dikalangan kumpulan rangkaian. Dan yang paling istimewa, Network Marketing memberikan peluang kepada sesiapa sahaja untuk menceburi bidang perniagaan dan berjaya tanpa memerlukan modal yang besar.

 
 
2010 - 2017 © Empayar4life.Com. Hak Cipta Terpelihara. Dibangunkan oleh www.intechmy.com
Disclaimer: Ini adalah laman web Group. Ia bukan laman web rasmi syarikat yang disertai